DIVA INTERAKTIF
Personaliti TV diberhentikan sebab malas
TEMAN Diva yang jarang berkongsi cerita panas dan sensasi tiba-tiba datang tersenyum di sebelah Diva. Katanya ada cerita agak panas mahu dikongsi. Disebut perkataan 'agak' kerana individu yang dimaksudkan tidaklah sepopular mana tetapi dikenali kerana dia merupakan bekas kekasih seorang pelakon kacak. Wanita yang dimaksudkan si teman Diva itu bertugas sebagai personaliti televisyen.
Khabarnya, hos itu tidak disenangi oleh rakan sekerjanya kerana sifat malas yang menguasai diri malah bekerja seperti melepaskan batuk di tangga. Disebabkan sifat yang semakin lama semakin menguasai dirinya itu, maka dengar khabarnya dia diberhentikan daripada mengendalikan sebuah program utama dan hanya ditugaskan mengendalikan program kecil.
Bisik teman Diva: "Dah ramai orang lemas dengan perangainya. Kalau kerja-kerja belakang tabir memang liat. Sesama rakan kerja pun dia suka berlagak dan membuat muka. Dia rasa dia 'besar' agaknya." Malas nak komenlah tapi Diva memang pantang dengan orang yang tersuntik 'vitamin' malas.
Diva:Mahu tonton kumpulan dari Korea, Beast yang akan mengadakan persembahan pada 26 Jun ini, pukul 7 malam di KL Live. Peminat grup yang ingin menonton, bolehlah membeli album Beast Repackaged yang dijual secara eksklusif di Speedy Video.
Rencana Utama!»

Perjumpaan wajib
setahun sekali
BERGOTONG-ROYONG menganyam ketupat antara aktiviti lazim yang dapat dilihat di kampung-kampung.
Varia!»

Tapai pulut tiga perisa
TAPAI pulut Sarimah mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.



Senjakala untuk lelaki
Servis kamera dan album foto
Ancaman kuman super


