HIBURAN

Apa cerita Maya dan Wenworth Miller?

Apa cerita Maya dan Wenworth Miller?




ADA apa dengan Maya Karin dan Wenworth Miller? Tiba-tiba sahaja dua nama popular ini dikaitkan.

Apabila 'hubungan' antara aktres cantik Malaysia dan aktor Hollywood kacak pujaan ramai ini diperkatakan, sudah pasti ada cerita menarik di sebaliknya.

Khabarnya Maya bakal bergandingan dengan pelakon drama bersiri popular, Prison Break tersebut menerusi sebuah filem bajet besar yang bakal diarahkan oleh pengarah berwibawa, U-Wei Shaari.

Produksi berlatar belakang era tahun 1800-an yang berjudul Finding Nina atau Hanyut itu diadaptasi daripada novel pertama karya Joseph Conrad, Almayer Foley yang diterbitkan pada tahun 1895.

Sejauh manakah kebenarannya? Tatkala ditebak dengan persoalan tersebut, Maya dalam nada tenang, seolah-olah langsung tidak terkejut menegaskan: "Kalau benar berita (bakal digandingkan dengan Wenworth Miller) itu, memang saya akan menjadi orang yang paling gembira.

"Ini kerana peluang untuk berlakon dengan pelakon bertaraf antarabangsa seperti itu sangat saya nanti-nantikan.




Tambahnya: "Saya juga minat dia. Memang saya ada menghadiri uji bakat untuk filem yang bakal diarahkan oleh U-Wei tersebut pada bulan Ogos lepas tetapi sehingga sekarang saya belum tahu keputusannya."

Namun berita terbaru yang diperoleh secara eksklusif oleh kolumnis gosip Sensasi Bintang yang jelita, Diva, menyebut pelakon Prison Break yang bakal membintangi Finding Nina bukanlah Wenworth Miller tetapi Chris Vance.

Jika Finding Nina belum pasti lagi menggunakan khidmat lakonan Maya, namun filem terbaru arahan Osman Ali, Cun Melecun sah menampilkan aktres kacukan Melayu-Jerman ini.

Maya ketika ini sedang menjalani penggambaran filem komedi romantik yang berlatarkan suasana kampung di Alor Setar, Kedah.




Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16