DUNIA

Penduduk berang seks tepi jalan

Penduduk berang seks tepi jalan


BEBERAPA anggota polis mengawal sebatang jalan yang menjadi lokasi seks jalanan di La Boquera, Barcelona.



BARCELONA - Penduduk tempatan dan pemimpin perniagaan Sepanyol menyuarakan kekecewaan berhubung imej bandar raya itu apabila sekumpulan pelacur melakukan hubungan seks dengan pelanggan di tepi jalan, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka mendakwa ramai pelancong asing melondehkan seluar untuk berasrama dengan pelacur di tepi jalan di sekitar mercu tanda popular seperti di pasar bersejarah La Boquera.

Kebanyakan pelacur yang terlibat ialah penagih dadah berketurunan Afrika dan mereka menawarkan perkhidmatan pantas itu hanya untuk mendapatkan beberapa wang tunai Euro.

Sebuah akhbar Sepanyol, El Pais menyiarkan gambar-gambar yang dirakamkan oleh penduduk yang menunjukkan adegan seks itu.

Akhbar itu merumuskan situasi itu sebagai bukti kegagalan penguat kuasa menghapuskan aktiviti pelacuran.

Seorang pekerja di sebuah kedai berkata, dia terpaksa membersihkan banyak kondom yang dibuang di depan kedainya.

"Ini memalukan kami. Pelacur itu melakukan kegiatan mereka dengan begitu mudah," kata seorang penjual keju. - Agensi

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 47