SUKAN

United bida Ribery RM203 juta

United bida Ribery RM203 juta




LONDON - Manchester United bakal membuat tawaran £35 juta (RM203 juta) ke atas Franck Ribery (gambar).

Begitupun, juara Liga Perdana England itu perlu menunggu selama dua minggu sebelum melakukannya supaya syarat pelepasan Ribery dalam kontraknya bersama Bayern Munich dapat dipersetujui.

Pemain sayap Perancis itu akan menerima bayaran bonus pada 14 Ogos ini yang menyaksikan dia dijangka membuat permintaan untuk dilepaskan.

Sebelum ini, Bayern telah menolak tawaran daripada Real Madrid berikutan sikap angkuh mereka sehingga menimbulkan kemarahan kelab gergasi Jerman itu.

Kini Ribery menjelaskan bahawa dia hanya akan berpindah ke Old Trafford dan mahu meninggalkan Jerman.

United pula percaya Ribery, 26, sudah bersedia untuk mengetengahkan Bayern, namun tidak akan melakukannya sehingga sebarang isu kewangan diselesaikan.

Difahamkan, Bayern telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan United, namun dijangka meminta bayaran sekitar £50 juta (RM291 juta) sebelum melepaskan Ribery.

Pengurus United, Alex Ferguson menganggap Ribery adalah calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Cristiano Ronaldo. - Agensi

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 47