DUNIA
Tiga anak warisi hutang RM1.7 bilion

LOS ANGELES - Kematian mengejut Raja Pop Michael Jackson bakal mencetuskan pertikaian undang-undang berhubung jumlah kekayaan penyanyi berkenaan yang akan diwarisi tiga anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Michael mempunyai dua anak lelaki iaitu Prince Michael, 12 dan Prince Michael II yang berusia tujuh tahun serta seorang anak perempuan Paris, 11.
Setakat ini siapa yang akan memiliki hak penjagaan ke atas mereka masih menjadi tanda tanya tetapi satu sumber menyatakan mereka akan dijaga oleh bekas isterinya, Debbie Rowe buat sementara waktu sehingga isu tersebut diselesaikan.
Gaya hidup mewah Michael menyebabkan dia meninggalkan hutang mencecah AS$500 juta (RM1.7 bilion) tetapi penyanyi itu masih memiliki beberapa aset berharga termasuk hak cipta ke atas 251 lagu kumpulan The Beatles yang bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM3.5 bilion).
Sama ada penyanyi itu masih memiliki kekayaan untuk diberikan kepada tiga anaknya hanya akan diketahui dalam beberapa bulan lagi. - Agensi
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


