HIBURAN
Aizat-Liyana kawan saja
![]() |
|
|
TIBA-TIBA anak muda yang semakin kurus dan mendapat perhatian ramai ini digosipkan dengan si manja, Liyana Jasmay. Aksi mereka mesra, namun masih tersekat dengan batas persahabatan yang tulus.
Kata Aizat, mereka hanya kawan biasa dan Liyana dalam nada nakal mengiyakan. “Saya ada gubah lagu untuk nyanyian Liyana. Jadi kami hanya berkawan baik. Itu saja,” tegas Aizat yang baru dicuit dengan gosip-gosip anak remaja.
Kini dalam perjuangannya dalam bidang seni, selain bergelar penyanyi, Aizat juga aktif mencipta lagu untuk artis-artis lain antaranya Nurul dan Jaclyn Victor selain Liyana Jasmay.
Dan untuk tahun hadapan, Aizat sudah bersedia untuk menemui peminat dengan album pakej semula yang akan memasukkan sebuah lagu bertajuk Kau Aku yang juga lagu tema untuk drama Merah Putih.
REZEKI
PERTAMA, saya mahu katakan bahawa rezeki itu di tangan Tuhan. Yang penting sekali kita mesti ada sifat jujur dalam melaksanakan kerja dan rezeki akan datang kepada kita.
Jika tidak, rezeki akan mahal terhadap kita. Tahun ini saya bersyukur kerana rezeki saya murah dan banyak perkara dapat saya lakukan.
2008
TAHUN yang terbaik dan menarik buat saya. Ia tahun perjuangan. Saya hilang berat badan. Tahun yang juga saya dapat dengarkan muzik saya dan keluar dengan album.
Banyak perkara yang terjadi pada tahun 2008. Dan yang penting sekali, keluarga saya sihat tahun ini.
![]() |
|
LIYANA JASMAY |
GITAR
GITAR adalah isteri saya malah cinta sejati saya. Saya temui cinta dengan gitar dahulu sebelum cinta yang lain. Setakat ini saya sudah ada empat buah gitar.
Gitar pertama yang saya dapat adalah sewaktu saya darjah empat. Ayah belikan untuk ibu saya tetapi saya yang guna. Ibu sebenarnya yang mengajar saya dan abang bermain gitar. Saya lihat dan belajar sendiri. Lagu pertama yang saya mainkan adalah Last Kiss (Pearl Jam).
MELODI
SEBUAH melodi adalah benar-benar anugerah daripada Tuhan. Inspirasi yang diberikan oleh-Nya. Cuma kita perlu yakin dan kuat semangat untuk menghasilkan sesuatu yang bagus.
Melodi pertama yang saya ciptakan adalah semasa Pertandingan Puisi dan Lagu di sekolah bertajuk Anjakan Paradigma. Dan sebuah lagi lagu yang dimasukkan dalam album pertama saya yang berjudul Selamat Tinggal Akhirnya.
JUARA
SAYA harapkan persembahan saya dalam Muzik Muzik kelak akan menjadi satu persembahan yang tidak akan dilupakan oleh peminat dan penonton. Saya tidak menaruh harapan untuk bergelar juara, cukup sekadar diingati. Itu target saya untuk Muzik Muzik. Jika bergelar juara itu adalah satu bonus buat saya.
ANEROKSIA
SATU penyakit yang sukar untuk diubati dan tidak disengajakan. Ia seperti kanser. Seakan merebak melalui keturunan. Kita harus bijak mengawal diri sendiri.
Untuk kurus, cara yang paling efektif adalah berserta dengan kerja keras dan tiada jalan pintas. Harus konstan dan tekad. Saya setakat ini sudah hilang 40 kilogram hasil kerja keras saya.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.





Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


