NEGARA
Diana Danielle tersenarai sertai PLKN
![]() |
|
|
KUALA LUMPUR - Bergelar pelakon popular bukan halangan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara.
Itu reaksi positif yang diterima daripada pelakon muda Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, yang berjanji tidak akan mengingkari tanggungjawabnya mengikuti PLKN seperti yang diarahkan kerajaan.
Pelakon filem Evolusi KL Drift itu diletakkan di bawah kumpulan 1 dan diwajibkan melaporkan diri pada 27 Disember ini di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor.
Menurut ibunya, Norsiah Ramli, 45, Diana sudah lama ternanti-nantikan peluang untuk menyertai PLKN kerana sering mendengar cerita positif mengenai latihan berkenaan daripada teman-teman rapat.
"Kalau sudah dapat arahan kata dia kena pergi, dia akan pergi dengan rela hati," kata Norsiah mewakili anak tunggalnya itu.
Diana bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang penjelasan kerana sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul Kecoh Betul yang baru memulakan penggambaran 22 Disember lalu.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.




Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


