NEGARA
Bayar RM10, dilindungi RM10,000
KUALA LUMPUR - Dengan hanya RM10 setahun, golongan wanita di negara ini kini boleh mendapatkan perlindungan insurans kemalangan sehingga RM10,000 melalui skim Pelan Perlindungan Nur yang dilancarkan oleh Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn. Bhd. semalam.
Melalui skim insurans termurah itu, ia akan memberi peluang kepada semua wanita yang berumur di antara 18 hingga 65 tahun khususnya yang berpendapatan mendapat perlindungan sekiranya berlaku kecederaan akibat kemalangan.
Skim insurans di bawah Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad itu turut menyediakan dua pelan lain iaitu pelan RM50 dan RM100 yang masing-masing membolehkan pemegang insurans dilindungi sehingga RM25,000 dan RM50,000, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn. Bhd., Mohd. Yahaya Mohd. Ibrahim pada pelancaran skim itu di sini semalam.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


