NEGARA

'Keris berdiri' di Muzium Negara

'Keris berdiri' di Muzium Negara


IBRAHIM (kiri) menunjukkan keris bernama Pengemian (jenis Madura) sambil diperhatikan oleh timbalannya, Wan Jamaluddin Wan Yusof pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Percayakah anda terhadap dakwaan sesetengah pihak bahawa senjata tradisional seperti keris, tombak, lembing, badik atau lading mempunyai unsur 'kesaktian' atau memiliki kuasa 'misteri' tertentu.

Biarpun begitu, segala-galanya akan terjawab apabila satu demonstrasi khas 'keris berdiri' dan 'keris bergerak' bakal diadakan pada pameran Senjata Tradisional, Misteri dan Kesaktian anjuran Muzium Negara pada 16 Disember ini hingga 20 April 2009.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Ibrahim Ismail, pameran berkenaan bertujuan memberi kefahaman kepada orang ramai tentang dunia mistik mengenai senjata tradisional khususnya keris.

"Senjata yang bakal dipamer nanti adalah yang benar-benar mempunyai keistimewaan termasuk dari segi ukiran dan warisan.

"Kami akan menjemput dua orang pakar dari Indonesia untuk melakukan demonstrasi tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Selain demonstrasi keris berdiri dan bergerak, terdapat juga demonstrasi ukiran berasaskan ais, perasapan, menempa keris, cuci keris, perubatan mengunakan senjata dan demonstrasi hulu serta sarung keris.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31