STAILO

Interpretasi karya seni

Interpretasi karya seni




TARIKH 8 Ogos 2008 memberikan 1,001 makna bagi kehidupan, ia juga merupakan tarikh bersejarah apabila Beijing, China menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar dunia, Olimpik.

Selain itu, tarikh tersebut juga merupakan hari di mana Nike Sportswear melancarkan lapan produk ikonik Nike bagi meraikan legasi rekaan Nike.


BRIGHT Lights At Midnight diberi peluang mengintepretasi AW77 Hoodie.


Ia termasuklah Air Force 1, Windrunner, AW 77 Hoody, Nike Dunk, Air Max 90, Eugene Track Jacket, Cortez dan NSW Tee.

Rangkaian baru Nike Sportswear ini masih mengekalkan keghairahannya untuk sukan. Pada masa yang sama menggabung dan memperbaiki rekaan jenama yang terkenal dengan teknologi terbaru.

Nike menamakan kategori tersebut sebagai Nike Sporstwear – mengimbau semula nama yang telah dilancarkan pada tahun 1979.

Bagi meraikan nafas baru pada item ikonik yang sejak sekian lama menjulang nama Nike ini, jenama terkemuka itu telah memperkenalkan rangkaian produk Nike Sportswearnya pada sebuah pameran di luar pusat beli-belah The Pavilion.

Berbeza dengan pameran biasa, deria penglihatan pengunjung dihidangkan melalui sebuah ruang pop-up yang memaparkan kelapan-lapan produk ikonik, dan seni pemasangan – hasil karya lapan artis tempatan, masing-masing mengilhamkan interpretasi mereka terhadap produk ikonik tersebut.


PRODUK ikonik Nike menjadi inspirasi seni artis tempatan.


Ruangan pameran itu bukan sahaja memberi peluang kepada anak tempatan menterjemahkan suatu produk fesyen dan sukan antarabangsa kepada seni tampak yang indah dan mengagumkan. Ruang yang diperbuat daripada bekas kargo yang dikitar semula itu juga menyerlahkan obsesi Nike terhadap pencapaian, teknologi, seni dan rekaan.

“Pameran Nike Sportswear ini berhasrat untuk menghidupkan kuasa sukan dan atlet dalam cara yang unik.

“Kami memberi fokus pada produk dengan mengadunkan warisan sukan yang dimiliki dengan rekaan inovasi baru yang seiring dengan kemajuan teknologi masa kini kepada para pengguna,” kata Raymond Liew, Pengurus Pemasaran Negara Nike Malaysia ketika ditemui pada pelancaran pameran istimewa itu baru-baru ini.

Dengan hampir empat dekad sejarah sukan pada asasnya, Nike Sportswear mencari cara untuk menyalurkan semangat memberontok asas Nike dengan menghasilkan produk yang ekstrem, menggabungkan rekaan ikonik dengan teknologi baru dan menjadikannya sesuai dengan keperluan masa kini.

Kelapan-lapan produk ikonik itu mewakili produk terbaik dalam rangkaian yang meluas jenama terkemuka itu.


SENI yang dipamerkan merangsang deria pengunjung.


Lapan artis bertuah yang bekerjasama dengan Nike adalah Bright Lights At Midnight, Findars, Hugo's Garden, Lisa Foo, Saiful Razman, Streething, Ultraboy dan Vincent Leong.

Kumpulan yang terdiri daripada kolektif individu dan artis yang telah bertapak di persada seni negara itu mewujudkan sebuah pengalaman seni visual dan menggesa deria dalam meraikan pengenalan koleksi terkemuka itu.

“Artis-artis yang dipilih merupakan wakil keaslian dan bakat tempatan yang asli, dan kami percaya karya mereka akan menjadi buah mulut pelanggan kami,” kata Liew kolaborasi itu bukan sahaja menyerlahkan bakat seni tempatan tetapi mendedahkan orang ramai mengenai produk pakaian sukan yang berkait rapat dengan gaya hidup masa kini itu.

Bagi Pengarah Bright Lights At Midnight (BLAM), Fahmi Fadzil, peluang yang diberikan Nike untuk mengolah dan menterjemah produk ikonik jenama antarabangsa yang popular itu merupakan satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan oleh mana-mana artis.


RUANG pop-up daripada bekas kargo menjadi ruang pameran.


“Ia mencabar kemampuan seorang artis untuk menghasilkan karya indah melalui suatu produk yang telah bertapak di persada antarabangsa.

“Produk-produk ini terkenal bukan di kalangan golongan muda, tetapi mempunyai warisan tersendiri yang menjangkaui batasan usia. Peluang seumpama ini adalah satu penghormatan bagi kami sebagai artis tempatan,” kata Fahmi yang merupakan satu pertiga lengan BLAM, selain Pengarah Seni, Norman Teh dan Pengarah Kreatif, Fikri Fadzil.

Merupakan kali pertama berpeluang menghasilkan sebuah karya seni pemasangan, studio rekaan grafik bebas ini diwujudkan pada tahun 2006 yang berkecimpung dalam industri grafik dan multimedia itu merasakan bahawa pengalaman yang diberikan mencabar.

“Cabaran kami bermula apabila Nike memberikan kami baju panas, AW 77 Hoodie sebagai medium utama yang harus diterjemahkan kepada seni kreatif pada kaca mata kami.


KASUT Cortez Nike merupakan salah satu produk ikonik Nike.


“Teruja dengan cabaran itu, kami memulakan langkah dengan membuat kajian terperinci mengenai sejarah pembentukan produk tersebut,” jelas Fahmi.

Sementara itu, bagi arkitek dan artis, Lisa Foo, menghasilkan sebuah karya seni baik seni bina atau seni tampak merupakan keghairahannya.

Sehubungan itu, beliau amat gembira apabila diberi peluang terpilih antara lapan artis yang terlibat dalam projek penuh bermakna itu.

Dipertanggungjawabkan menghasilkan sebuah karya seni dengan menggunakan produk ikonik baju-t NSW, Lisa telah menghasilkan sebuah interpretasi unik dengan penggunaan sarung tangan getah sebagai medium arcanya.


PAMERAN seni menyerlahkan obsesi Nike terhadap pencapaian, teknologi, seni dan rekaan.


“Saya ingin menyerlahkan identiti Malaysia dalam karya saya. Malaysia terkenal dengan produk getah, termasuk sarung tangan getah.

“Sarung tangan merupakan sebuah produk yang melekap atau muat-muat apabila dipakai, bagi saya, ia adalah seperti baju-t itu,” kata Lisa.

Setiap sarung tangan getah mempunyai cetakan imej identiti baju-t NSW – nama Nike dengan simbol swoosh yang turut menjadi identiti jenama gergasi itu.

“Sarung tangan itu bukan sahaja melambangkan Malaysia, tetapi juga kepelbagaian komuniti yang ada di negara ini. Penggunaan warna- warna neon berbeza menunjukkan kekayaan budaya negara ini,” jelas wanita tersebut.

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 63