DIVA INTERAKTIF
Pesan sex toy
MACAM-MACAM hal selebriti tempatan kita ini dan semakin berani nampaknya. Kalau dikatakan berperangai 'ting tong', ada yang marah dan terusik hati. Tapi melihatkan senario yang semakin berani ini, Diva rasa memang masing-masing sudah tidak peduli apa orang lain nak kata.
Ada teman Diva yang bermata sepet dan tak pernah berenggang dengan Blackberry, ala-ala wartawan juga layaknya, memberitahu Diva perihal dua orang pelakon yang cantik rupa paras ini.
Nak kata tidak ada teman lelaki, sudah terang lagi bersuluh tetapi mereka ini tidak segan silu untuk membuat tempahan pada rakan-rakan yang keluar negara. Pesanannya adalah alat permainan seks dan apabila menyebut tentang benda itu, faham-faham sahajalah apa kegunaannya.
Alasan mereka mudah apabila disoal kenapa memesan barang sedemikian, sedangkan banyak barang lain yang boleh dipesan. Nak tahu apa jawapan mereka? Mereka jawab; "Tidak mahu 'bagi' selalu dekat teman lelaki sebab nanti mereka mahu selalu. Simpan-simpan sikit."
Nak kata terkejut, adalah juga. Walaupun Diva berfikiran terbuka tapi tidaklah terlalu terbuka sampai perkara macam itu begitu bangga diceritakan kepada semua orang.
Diva: Tak pernah terfikir pesan benda itu. Orang ke luar negara, kirim magnet peti sejuk saja.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


