NEGARA

Ibu muda mengaku buang bayi

Ibu muda mengaku buang bayi


SABARIAH diiringi anggota polis masuk ke dalam van untuk dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam bagi menghadapi pertuduhan membuang bayi di Masjid Terapung.


KUALA TERENGGANU - Ketika umat Islam masih dalam keriangan menyambut Syawal, seorang bayi yang tidak berdosa ditinggalkan di ruang solat perempuan di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai 11 Oktober lalu.

Bayi lelaki tersebut ditemui telah tidak bernyawa oleh beberapa jemaah wanita yang hendak menunaikan solat Subuh di masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung itu.


PEGAWAI forensik polis membawa keluar mayat bayi ketika ditemui dalam Masjid Terapung 11 Oktober lalu.


Ibu mana yang sanggup melakukan perbuatan keji itu, tidak dapat dipastikan sehinggalah seorang wanita berusia 21 tahun, Sabariah Yatim ditahan polis pada 14 Oktober untuk membantu siasatan.

Semalam, Sabariah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen untuk didakwa kerana melakukan perbuatan tersebut.

"Saya mengaku membuang anak itu di Masjid Terapung."

Itulah pengakuan Sabariah, ibu kepada bayi tersebut yang dilafazkan dalam keadaan tenang di hadapan hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Sabariah yang berasal dari Kampung Lubok Kawah, Jertih, Besut itu bagaimanapun tidak mengaku membunuh bayi itu sebelum diletakkan di ruang solat perempuan di tersebut.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 62