NEGARA

Stesen kena 'tawan'

Stesen kena 'tawan'


Anggota polis, Lans Koperal Faidzal Ahmad ditugaskan mengawal kesesakan lalu lintas semasa orang ramai berebut membeli minyak
di sebuah stesen di Presint 16, Putrajaya kira-kira jam 7 malam tadi.


KUALA LUMPUR - Hampir kesemua stesen minyak di seluruh negara semalam sesak teruk dari petang hingga menjelang tengah malam tadi berikutan pemilik kenderaan mahu membeli bahan bakar itu sebelum harganya naik 40 peratus.

Tinjauan Kosmo! di beberapa stesen minyak di ibu kota mendapati pemilik kenderaan sanggup menunggu berjam-jam semata-mata untuk mengisi minyak.


PEMANDANGAN luar biasa di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang diserbu pelanggan semalam.


Antara yang menunggu itu ialah Sara Ibrahim, 24, yang mengaku terkejut dengan berita kenaikan harga minyak itu

kerana beliau menyangkakan ia bermula Ogos ini.

"Saya tahu dari seorang kawan dan terus bergegas mengisi minyak,'' katanya.

Neelamaran Neelakandan pula bimbang bukan sekadar harga minyak yang tinggi tetapi kesannya terhadap harga barangan

dan perkhidmatan.


DUA penunggang motosikal menggunakan apa saja bekas yang ada bagi mengisi minyak di sebuah stesen di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.


"Sebelum ini pun saya dah belanja hampir RM900 sebulan untuk minyak, lepas ini naik dua kali gandalah,'' katanya.

Bagi Mazuan Ibrahim, 25, walaupun hanya menggunakan motosikal tetapi dengan kenaikan harga minyak ini beliau turut terasa kesannya memandangkan terpaksa menunggang berulang alik kira-kira 100 kilometer sehari dari rumah ke pejabat.

Namun Mohd. Hilmi Ahmad, 32, menyifatkan apa yang berlaku ini sudah dijangka dan tidak dapat dielakkan.

"Cuma saya harap kerajaan dapat berusaha lebih agar rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah tidak terus terhimpit dengan kenaikan ini," katanya.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32