TERKINI

Pokok berusia 37 tahun tumbang ekoran hujan lebat dan angin kencang di Ipoh

IPOH - Hujan lebat serta angin kencang yang melanda Bandaraya Ipoh menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pekerja kedai perkakasan maut jatuh atas lif

SEGAMAT - Seorang pekerja am di sebuah kedai perkakasan di sini maut dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di atas sebuah lif mengangkut barang di kedai yang terletak di Kampung Abdullah, di sini hari ini.

KTMB tambah perkhidmatan ETS sempena Hari Pekerja

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) tambahan bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral-Padang Besar serta laluan KL Sentral-Ipoh sempena cuti umum Hari Pekerja, Isnin ini.

Irfan catat rekod baharu lempar cakera, Khairul Hafiz gagal dalam acara 100m

SINGAPURA - Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin mencatat rekod baru kejohanan pada hari kedua Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, namun kecederaan jaguh pecut, Khairul Hafiz Jantan jelas lebih mencetuskan kebimbangan.

Peluang Chong Wei balas dendam ke atas Lin Dan

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan membuat perhitungan dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China di separuh akhir selepas masing-masing melepasi halangan suku akhir mereka di Kejohanan Asia di Wuhan, China hari ini.

Ibu pelajar tahfiz yang meninggal dunia dipanggil polis beri keterangan

KOTA TINGGI - Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, telah dipanggil memberi keterangan kepada polis di sini, hari ini.

Chong Wei sahkan tempat ke Kejohanan Badminton Dunia 2017

KUALA LUMPUR - Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tempatnya ke Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan manakala juara bertahan, Chen Long dari China terlepas tiket kelayakan automatik.

Tun Abdul Rahman dilantik semula sebagai YDP Negeri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR - Tun Abdul Rahman Abbas hari ini dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk penggal ketujuh.

Pesta Durian dan Buahan di Shah Alam tawar harga 30 peratus lebih murah

SHAH ALAM - Orang ramai terutamanya peminat raja buah diminta tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Pesta Durian dan Buah-buahan di kawasan tempat letak kereta Kompleks PKNS, di sini, bermula hari ini hingga Isnin.

Polis tahan pelajar tingkatan lima suspek kes pecah rumah

JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini ditahan polis malam tadi kerana disyaki memecah masuk rumah seorang peneroka di Felda Serting Hilir 5 dan mencuri wang tunai sebanyak RM4,650.

100,000 pemandu teksi, Uber dan GrabCar dilindungi insurans

MARAN- Seramai 100,000 pemandu teksi termasuk Uber dan GrabCar yang bekerja sendiri akan dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan selepas Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 diluluskan oleh Dewan Negara semalam.

64 penduduk banjir dipindahkan akibat fenomena air pasang besar

KUALA SELANGOR - Seramai 64 penduduk dari tiga buah kampung dipindahkan ke pusat pemindahan setelah rumah dinaiki sehingga 0.5 meter akibat fenomena air pasang besar bermula semalam.

Penguasaan Bahasa Melayu di sekolah vernakular perlu dipertingkatkan

JASIN - Usaha memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu khususnya di sekolah aliran vernakular disokong penuh dan wajar dipertingkatkan kerana kepentingannya sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) serta bahasa perpaduan.

Empat syarikat dilantik untuk bantu bekal minyak masak - KPDNKK

NILAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melantik empat syarikat yang mempunyai kuota tambahan untuk membekalkan bekalan minyak masak paket di kawasan yang dilaporkan kurang bekalan di seluruh negara .

Permaisuri Johor menziarah pusara Mohamad Thaqif Amin

KOTA TINGGI - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli menziarah pusara pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping di sini sebentar tadi.

Lagi/More

Process time in ms: 31