Apa kata pemenang Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-32. Tahniah dan syabas kepada pemenang-pemenang semua.
1. MD. NUR FITRI BIN OSMAN (Presint 5, Putrajaya)
Pasukan: Sir Faqeeh Fitri (114 mata)
Pengurus: Fitri Osman
“Permainan pada minggu ini lebih kepada pasukan enam teratas, jadi majoriti pemain bintang susah untuk mendapat mata. Saya rehatkan Mohamed Salah kerana faktor bulan puasa yang akan terkesan pada kecergasannya dan sebab itu, saya pilih Son Heung Min sebagai kapten. Terima kasih Kosmo! untuk peluang ini.”
2. MUHAMMAD SHARIFUDDIN BIN RAZAK (Kemaman, Terengganu)
Pasukan: SYABAB PARADISE FC (112 mata)
Pengurus: Kapten Tsubasa
“Untuk kali ini, saya hanya membuat pertukaran seorang pemain dan memasukkan Son Heung Min dan melantiknya sebagai kapten. Kebetulan juga Marcos Alonso dan Mason Mount turut menjadi, sekali gus dapat menyumbangkan mata tingg kepada pasukan saya.”
3. ANSAR BIN SAWI (Rawang, Selangor)
Pasukan: KLxBOSSAN (111 mata)
Pengurus: Ansar Bensawi
“Walaupun pada asalnya bermain sekadar suka-suka, kalau ikutkan memang saya target untuk menang mingguan pada Liga Fantasi Kosmo!. Mungkin minggu ini rezeki saya baik untuk dapat mata tertinggi. Terima kasih Kosmo!”
4. SABARUDDIN BIN NARAWI (Salak Selatan, Kuala Lumpur)
Pasukan: Super Striker (106 mata)
Pengurus: Zinidin Zidin
“Saya sudah empat musim bermain FPL dan sekadar hobi mengisi masa lapang. Tidak sangka penyertaan saya pada Liga FPL Kosmo! benar-benar berbaloi apabila berjaya mengutip mata tertinggi mingguan. Pemilihan kapten Spurs, Son Heung Min ternyata membantu saya untuk mengutip lebih 100 mata.”
5. KAMARUL MOHD ZAHIMI BIN ABD AZIZ (Titi Gantong, Perak)
Pasukan: KMZFC (103 mata)
Pengurus: Kamarul Mohd Zahimi
“Saya mula bermain FPL pada musim 2011 dan sekadar mengisi masa lapang. Tidak sangka pula, penghujung musim ini boleh menang mingguan FPL Kosmo!.Jadi, saya sangat terkejut kerana minggu ini tidak banyak pemain saya tukar dan mengekalkan pemain Spurs. Apapun, terima kasih kepada Kosmo!”