SHAH ALAM – Polis dan masyarakat berpisah tiada.
Kata-kata itu memberi gambaran tepat usaha sekumpulan anggota polis trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam yang membantu seorang warga emas terlibat kemalangan di Persiaran Perusahaan Seksyen 23, di sini tengah hari tadi.
Difahamkan, tayar kenderaan lelaki berusia 71 tahun itu pancit selepas terlibat dalam kemalangan di lokasi tersebut.
Dua anggota polis iaitu Koperal Anwar Jaharudin dan Megat Mohd. Zaidie Abbu Bakar yang membuat rondaan Op Selamat 23 membantu menukar tayar warga emas tersebut.
Pemandu kenderaan itu turut dinasihatkan untuk membuat laporan di Balai Trafik Ibu Shah Alam berhubung kemalangan berlaku. – KOSMO! ONLINE.