fbpx

24 motosikal hangus, bengkel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA rangka motosikal yang musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Syaban, Kampung Bendahara, Johor Bahru hari ini.-Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Sekurang-kurangnya 24 motosikal hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Syaban, Kampung Bendahara, di sini, awal pagi hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Muhamad Syahhir Ikhwan Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran, 3.56 pagi.

Katanya, seramai 20 anggota dari BBP Tebrau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu menyebabkan bengkel musnah kira-kira 80 peratus namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa. Turut terbakar ialah 24 motosikal,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Syahhir berkata, operasi pemadaman yang tamat pada pukul 5.30 pagi.

Ujarnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI