fbpx

KPDN patah cubaan seleweng 5,000 liter minyak diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan serbuan KPDN memeriksa tangki-tangki mengandungi minyak diesel bersubsidi yang cuba diseleweng di sebuah premis di Semenyih, Selangor Selasa lalu. - Foto IHSAN KPDN

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya merampas sebanyak 5,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM 13,250 di sebuah premis tanpa nombor dalam satu operasi di Semenyih, Selangor pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, risikan mendapati minyak diesel itu cuba diseleweng dengan premis berkenaan dijadikan sebagai stor tempat penyimpanan dan pemindahan.

Beliau berkata, turut dirampas dalam Ops Tiris itu termasuklah pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan dan peralatan-peralatan lain.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut.

“Kes ini juga akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, berdasarkan statistik penguatkuasaan Ops Tiris bermula 1 hingga 21 Mac lalu, sebanyak 2,582 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara yang mana sejumlah 69 kes telah direkodkan melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.27 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI