fbpx

Lebih 50,000 liter diesel subsidi dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jegan (dua dari kanan) melihat sebuah tangki tambahan yang dirampas menerusi Op Tiris pada sidang akhbar di Seberang Perai, hari ini.

SEBERANG PERAI – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merekodkan sebanyak lapan kes membabitkan rampasan diesel berjumlah 50,340 liter sepanjang pelaksanaan Ops Tiris.

Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, jumlah itu termasuk dua kes rampasan diesel bersubsidi yang dilakukan di dua lokasi berasingan iaitu di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kelmarin dan Sungai Bakap, Nibong Tebal sehari kemudian.

Menurutnya, dalam kes pertama, pihaknya berjaya mengesan sebuah lori seberat tujuh tan yang mencurigakan hasil pemantauan terhadap sebuah stesen minyak kira-kira pukul 3 petang.

“Pemandu lori tersebut membuat pembelian berulang dari sebuah stesen minyak ke stesen minyak lain dan apabila sedar diekori, dia kemudian hentikan kenderaan di Bandar Perda sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Jegan memberitahu, hasil pemeriksaan terhadap lori terbabit kemudian menemui satu unit tangki besi tambahan yang disyaki mengandungi diesel selain dua unit pam motor dan hos di bahagian lantai lori berkenaan yang digunakan untuk menyedut minyak diesel dari tangki asal.

“Dalam hal ini, pihak KPDN turut mengesyaki bahawa sindiket tersebut menggunakan khidmat tonto bagi mengawasi aktiviti mereka selain memantau pergerakan pihak berkuasa,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI