fbpx

Lelaki campak botol arak dari tempat tinggi disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang dimuat naik oleh @Syrupboy1 berkenaan kejadian itu.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang sengaja membaling botol kaca arak dari tingkat atas sebuah apartment ke arah jalan raya yang sesak, undang kemarahan orang ramai.

Rakaman video tular yang berdurasi 43 saat itu menunjukkan tindakan tidak bertanggungjawab pelaku berbaju kelabu tersebut yang dimuat naik pengguna TikTok @syrupboy1.

Pengguna tersebut dengan tegas menyatakan tindakan lelaki tersebut sangat kurang ajar dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat serta memberi pengajaran setimpal kepada pelaku.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika ada kenderaan turut terkena balingan botol arak terbabit dan juga di mana botol tersebut pecah.

Jurucakap Polis Kuala Lumpur berkata, tindakan lelaki tersebut dipercayai berlaku di Dang Wangi.

“Lokasi kejadian berlaku di Dang Wangi. Polis Kuala Lumpur akan jalankan siasatan untuk mengesan pelaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI