fbpx

Juruterbang dipercayai terjatuh dari kediamannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Juruterbang yang tertekan kerana kehilangan pekerjaan serta menjadi punca kematiannya dipercayai terjatuh dari kediamannya hasil siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, setelah melakukan siasatan dan bedah siasat, mangsa dipercayai terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 di sebuah kondominium di Bandar Kinrara.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian masih tiada menjumpai kesan mencurigakan atau ada unsur perlakuan jenayah.

“Pemeriksaan fizikal pada mayat telah dilakukan dan tiada sebarang kecederaan akibat perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut sedang diteruskan dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan dan mengguris hati keluarga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI